Wah!!! Apa yang SUPER & REMPIT tu?
ASB OD ( Amanah Saham Bumiputera + Overdraft ) ni sedang hangat di pasaran. Dulu, takde pun orang yang nak pedulikannya. Tapi, sejak akhir-akhir ini iaitu selepas muncul ebook Teknik Manipulasi Kewangan oleh PengurusanKewangan.com, teknik ASB OD ni mula menjadi bahan bualan. Hari-hari , waktu lunch pun dok borak pasal teknik ASB OD ni.
Ok…Ringkasnya ( untuk yang masih kabur ) teknik ASB OD ni ialah satu teknik kewangan yang memanipulasikan kelebihan ASB, kemudahan Overdraft dan perkhidmatan Kad Kredit. Kebanyakan sebab penyebab teknik ASB OD ni penting ialah untuk :
- Individu yang banyak hutang kad kredit
- Individu yang nak meningkatkan simpanan di ASB

++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bagaimana Teknik ASB OD ni digunakan ?
++++++++++++++++++++++++++++++++++
ASB seperti yang dipercayai mampu memberi pulangan sehingga 7-9% setahun. Jika anda melabur RM 100 000 dalam ASB, pulangan pada akhir tahun ( hujung bulan 1 tak salah saya ), duit anda akan beranak kepada RM107 000 – RM 109 000.
| Tahun Berakhir 31 Disember |
2006
|
2007
|
2008
|
|---|---|---|---|
| Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) |
7.30
|
8.00
|
7.00
|
| Bonus Seunit (sen) |
1.25
|
1.00
|
1.75
|
sumber : http://www.asnb.com.my/asb.htm
Antara kelebihan utama pelaburan ASB ini ialah “JAMINAN MODAL” dan ia dikhususkan kepada para bumiputera sahaja. Itu yang unik tu!
Ok, Overdraft pula kemudahan /fasiliti kewangan yang disediakn oleh pihak bank. Pernah lihat buku cek? Haaa…biasanya bos-bos syarikat ada buku cek ni. Mesti best dapat tulis kat buku cek sendiri. Kalau dalam tv, ini orang-orang kaya punya style je. So, dengan kemudahan overdraft, penyimpan ASB dapat menggadai sijil simpanan ASB mereka dan mendapat tambahan wang sebanyak 90-95% dari nilai sijil ASB mereka.
Jap..nak buat kiraan sikit :
| ASB | 100000 | |
| ROI | 8000 | = 0.08*100000 |
| OD | 95000 | = 0.95*100000 |
WoW!!! dengan simpanan ASB sebanyak RM100 000, saya boleh dapat RM 7000 – 9000 setahun ( tanpa kerja ) dan wang RM 95 000 dalam akaun simpanan semasa saya. Memang BEST la!!!
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Camner Nak Dapatkan Kemudahan OD ni ?
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Banyak saranan menyatakan bank paling best buat OD ni ialah bank Merah Biru. Kalau bank Merah Putih, boleh jugak sebab interest rate ialah BLR-1.25%. . Tapi MOF ( Margin Of Financing ) rendah iaitu 90% sahaja.
Cuma yang tak bestnya, ramai sangat cadangkan OD conventional. Yang Islamic tu takde plak yang nak recommendkan…Hohoho…Buat duit, buat jugak…Hala haram kena tekankan. So, kalau tak salah saya, Maybank ada sediakan Islamic OD ni. Murabahah Cash Line Facilities kot namanya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Apa Kena Mengena Dengan Kad Kredit Plak ?
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hohoho..yang ini ada kaitannya. Terutama dari segi nak kawal perbelanjaan. Aik…Guna kad kredit boleh kawal perbelanjaan? Ye la..Itu semua kalau ada ilmu. Kalau ada nafsu saja, memang tak terkawal jawabnya. Bab ini kena tanya yang arif. Yang pernah ada ASB OD. Saya ? Belum terniat lagi sebab takde duit..heheh Dan tak berapa pasti tentang keharusan ASB itu sendiri.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ok, Apa teknik SUPER & REMPIT tu ?
++++++++++++++++++++++++++++++++++


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini