Saya pernah menulis tentang topik ini. Tapi huraiannya ringkas aje. Sebabnya saya ingatkan ramai yang dah tahu tentang kemudahan ni. Lazimnya, pengaktifan akaun PPC akan melibatkan kad debit/kad kredit ( visa @ mastercard ). Ada jugak yang gunakan paypal untuk pengaktifan seperti Yahoo Search Marketing.
Dalam artikel lepas “Aktifkan Adwords Dengan Maybank2u “, mengaktifkan akaun Adwords dengan Maybank2u memang mudah sekali. Kali ini, saya perincikan langkahnya dan paparkan apa yang perlu dan tidak perlu anda lakukan untuk tujuan tersebut.
Memilih Pre Paid & Cara Bayaran Bank Transfer
Anda seharusnya menetapkan kaedah pembayaran ” Pre Paid” di dalam akaun anda. Seawal pendaftaran akaun Adwords, anda akan diminta untuk memilih kaedah pembayaran “Post Pay ” ataupun “Prepay”. Kedua-dua kaedah ini ada pro dan kontra masing-masing. Untuk rakyat Malaysia, anda boleh melakukan pembayaran melalui bank tempatan hanya jika anda menetapkan kaedah “Pre Pay”.
Mengaktifkan Akaun Dengan Maybank2u
Jika berpandukan apa yang dinyatakan pihak Google, anda perlu membuat draft post atau seangkatan dengannya dulu. Untuk sesiapa yang ada akaun semasa dengan bank, boleh tulis cek kot…hohoho…Kemudian kena hantar pada bank ( kena beratur dan duduk menunggu ). Kalau nasib baik, dapat le jumpa Teller yang comel kat kaunter.Kalau tak…sakit hati dibuatnya dengan Teller yang hidung tinggi melangit. Ini semua zaman purba punya stail tau.. Orang macam kita, yang selalu online ni susah dah nak buat kerja macam ni. Jadi gunala Maybank2u ke, CimbClicks ke, AmBank online ke, BankIslam biz ke, atau apa-apa aje le.
Lihat pada Tab My Account , pastu sila klik menu “ Make Payment ”. Ingat ! (more…)





![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini