Salam hormat,
Ini cerita Isnin lepas, sewaktu saya nekad untuk mencuba kaedah pajak gadai Arrahnu dalam pelaburan emas. Saya selalu mengunjungi laman blog & forum en syukor JutawanEmas ( Blog yang sangat banyak informasi tentang pelaburan emas ). Itu le kali pertama saya mula menjejak alam pajak gadai ni. Hehehe.. Orang dulu gadai emas sebab terdesak, tapi trend zaman sekarang , pajak gadai pun termasuk dalam kategori triks pelaburan emas.
Ok, biar anda dengar apa yang nak ceritakan ni.
Saya ada simpan emas 70 gram 999.99 (24k ) yang saya beli dari Agen Public Gold ( beli dari pokli 50 gram , dari fauzan 20 gram ). Seronok pegang emas ni. Tak sangka pula ada feel menarik. Selain dari emas 999 ( gold bar/wafer ), agen Public Gold ni ada jual emas dinar juga. Hoho..so, anda pun boleh mula memegang emas dalam bentuk dinar macam ni. Kemudian, saya terfikir apa yang best nya dengan pajak gadai ni. Pajak gadai emas ni hanya melibatkan emas fizikal saja tau. Emas seperti yang tertera dalam akaun simpanan Maybank & Public Bank tu memang tak boleh buat pajak gadai. Itu emas nombor saja. Nak fizikal, kena la tanya pegawai bank kat sana.
Dengan berbekalkan emas 70 gram tadi, saya terus pergi ke Bank Rakyat Jalan Tangsi. Bank ini dekat dengan ofis saya. Senang kalau nak pergi bayar upah simpan atau “ambil barang ” kembali. Lebih kurang jam 11.30 pagi, saya pergi ke kaunter. Saya tanya staff tu tentang Arrahnu.
Saya : Assalamualaikum. Puan, camner saya nak berurusan dengan skim Arrahnu
Staff : ( tak dengar saya bagi salam rasanya ). En, nak “ambil barang” ke atau nak “masuk barang”
( fuuuhh..main barang-barang la ek )
Saya : Nak masuk ( nak gadai le tu ).
Staff tu pun bagi saya nombor giliran dan minta tunggu sekejap. Ada sorang customer kat kaunter dalaman sedang berurusan. Dalam 20 minit kemudian, giliran saya tiba. Jadi apa lagi, terus le saya masuk ke kaunter dalam untuk berurusan.Staff di dalam tu pun pompuan jugak. Alahai , Bank Rakyat ni ramai pompuan jugak le nampaknya. Saya pun dengan sedikit ilmu dari jutawanemas.com, maklumkan yang saya nak gadai emas. Saya bagi le :
- IC
- Emas 70 gram ( 20grm+50grm )
- sijil emas ( emas pg punya )
Staff tu minta resit dari saya. So, saya cakap la saya mana ada resit. Saya beli macam tu je. Takde resit pun. Cuma ada sijil dan no siri tu “match” dengan apa yang ada di sijil. Ok lah, dia pun terus mengisi nama saya dan mula memegang emas yang saya bagi tu. Dengan gaya ala-ala macho, staff tu pun terus ambil emas 50grm saya dan ditimbangnya. Kemudian emas 20gram plak. Opppss..terlupa nak cakap, selepas timbang, dia masukkan dalam satu cecair..Macam air mineral je..Rupa2nya itu untuk uji purity ( ketulenan ) emas.
Dari apa yang berlaku waktu tu, saya dapati : (more…)


Haaaa… ini 1 dinar emas yang saya beli 2 3 hari lepas. Saya beli dari agen 
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini