Logo Background RSS

Advertisement

domain percuma

  • Bhg 1 : Antara Emel Domain & Emel Gmail
    By naem on February 3rd, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Ini bukan dilema antara 2 jalan. Atau antara dia si “jamilah” dan si “zubaidah”..ehem..ehem..Tapi ini antara dua jenis emel dan kesannya ke atas tindak tanduk anda mendapatkan kredit percuma Adwords USD$50.

    Terlebih dahulu membuka kata menutur bicara menitip tip-tips berguna, fuuhhh…panjangnye mukadimah ni. Kita fahamkan dulu terma yang saya gunakan untuk artikel ini.gmail_77702a_en

    Emel

    Takrifan ini sesuai dibaca oleh sesiapa yang belum pernah mendengar,mengguna apatah lagi memiliki emel di internet. Gabungan internet ( e ) dan mail ( surat menyurat ), emel membawa maksud persuratan maya. Hohoho…ayat berbelit wooii…Senang cakap emel ni “surat internet”. Pejabat pos terbesar dalam internet ini ialah Yahoo dan Google la. Kalah pejabat pos Malaysia.

    Emel Gmail

    Emel Gmail seperti kebanyakan emel percuma di internet yang lain. Jika anda pernah memiliki emel di Yahoo ( yahoo mail @ ymail ), anda mesti memiliki emel di Google iaitu Gmail ( singkatan Google dan Mail ). Tak pernah ada emel Gmail, haaa…meh daftar di sini. Percuma je.. (more…)

  • Sini Boleh Dapat DOMAIN Percuma!!!
    By naem on June 22nd, 2008 | 18 Comments18 Comments Comments

    Salam hormat para pembaca,

    Ini berita istimewa untuk anda. Saya yakin tak semua orang tahu tentang hal ni. Mujur saya kodek-kodek Google untuk ujikaji saya “Rahsia Jana RM31,500 Dalam 8 Hari Tanpa Modal SESEN” dan terjumpa hal ini. ( hype sungguh tajuk ujikaji tu..hohoho )

    Apa yang saya nak kongsikan bukan berkaitan blogspot, wordpress.com mahupun blogmas.com. Saya sendiri terkejut dan hairan kenapa jarang orang hebohkan berita ni.

    Seperti yang saya maklumkan dalam Ebook Rahsia PPCPercuma, teknik ke 4 memerlukan anda memiliki domain sendiri dan emel domain untuk pastikan teknik tersebut berjaya. Cara mudah ialah anda terpaksa membeli domain dan hosting untuk memiliki emel atas domain sendiri. Berapa pulak harganya ?

    Domain : RM 30 ( lebih kurang )
    Hosting : RM 20 – RM60 ( lebih kurang jugak le )
    Jumlah Kos : RM 60 setahun

    Ohohoho…Berbaloi ke untuk belanjakan RM60 hanya 1 tujuan sahaja? Itu buatkan saya terfikir berkali- kali. Saya pasti ramai yang seboleh-bolehnya ingin kurangkan kos.

    Akhirnya saya terjumpa satu website yang menyediakan domain percuma untuk kita semua. Ya, domain dan jugak Domain Name Server ( Percuma ). Website yang saya maksudkan ialah www.co.cc. Laman web ini menyediakan anda peluang untuk memiliki domain sendiri sehingga 3 domain. Percuma…itu yang penting..Hohoho (more…)