Tiga hari lepas, saya terima satu emel pertanyaan dari seorang pelanggan saya. Soalannya sangat menarik perhatian saya. Simple je tapi saya sendiri sebelum ni tak tergerak untukmeneroka dan mencari jawapan alternatif. Sehingga lah semalam saya baru sedar yang saya belum betul -betul memaksimakan apa yang Google tawarkan.
Ini soalan beliau :
Assalamualaikum.
Saya nak bertanyakan pada en.naem,boleh tak saya nak lihat iklan ads saya.bagaimana nak tahu iklan saya tersiar di negara2 yang saya pilih?
Terima Kasih.
Apa pulak jawapan saya?
Oleh kerana jawapan saya sebelum ini agak kurang meyakinkan. Almaklum le saya bukan PAKAR ADWORDS tau.. Apa yang saya tahu itu le yang saya dedahkan. Jadi jangan le andaikan saya ni pakar..Saya keluarkan Rahsia PPC Percuma oleh sebab saya tahu cara untuk kurangkan kos ppc dengan kupon dan tawaran-tawaran yang ada di internet. Tapi itu tak bermaksud saya pakar dalam PPC ( ni sedang cuba jadi pakar le ni ).
Ok…Jawapan yang baru saja saya dapat dan saya terokai ialah gunakan tool yang disediakan oleh pihak Google. Tool ni percuma aje. Takyah nak beli software-software lain yang agak kurang berkemampuan dengan tahap kita semua ( maksud saya kalau menang aje membeli tapi alah memakai ).

- Ads Preview Tool
Caranya :
- Log in dulu ke akaun Adwords anda. Kalau takde lagi, daftar je di sini ataupun gunakan panduan ini untuk ketahui cara menjimatkan kos ppc
- Di bahagian navigation bar ( area atas ), cari dan klik link Tools
- Lihat bahagian sebelah kanan, cari dan klik link Ads Preview Tool
- Haaa…cuba le tool tu. Tak susah pun. Jika ada masalah, meh kita bincangkan kat sini ye.


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini