Sejak kebelakangan ni, ramai yang bertanya pada saya tentang cara buat duit/cari duit/jana pendapatan dari internet secara online. Saya suka berkongsi ilmu yang saya ada. Cuma kekangan masa dan kudrat yang sedikit ni menjadi masalahnya. Kira cabaran le ni..Hehe
InsyaAllah, dalam artikel ini dan beberapa siri penulisan akan datang, saya akan kongsikan cara-cara saya jana pendapatan online di internet. Itu tentang cara saya la. Lain orang lain caranya. Tapi kebanyakannya sama sahaja. Yang penting ( teringat plak moto “wonderpet” ; “apa yang penting”
) .
Sebelum anda ingin menapak di internet khususnya bidang menjana pendapatan online, anda perlu miliki 2 sifat utama ini iaitu :
- Sabar
- Suka belajar
Saya hanya pegang pada 2 kekuatan di atas untuk terus bertapak di internet sejak Julai 2006 yang lalu. Saya pun tak sangka saya masih boleh bertahan. Saya mula dari “tiada” sehinggalah kini agak selesa dengan pendapatan pasif harian. Saya BUKAN OTAI jika wang ringgit menjadi ukuran. Pendapatan bulanan saya dari internet hanya sekitar RM1000 – RM3000 sahaja. OTAI INTERNET pula, pendapatan mereka mencecah RM10 000 dan ke atas. Jika dihitungkira ilmu pengetahuan pula, saya bukannya ada MASTER atau PHD dalam bidang pemasaran ataupun teknologi komputer. Apa yang saya ada hari ini ialah apa yang saya belajar hari-hari sebelumnya. Di sini sifat “SABAR” & “Suka Belajar” perlu ada. Jadi, kurangkan sifat tergopoh-gopoh,hilang sabar dan malas belajar dalam diri kita semua.
====================
2 Jenis Pendapatan
====================
Cara nak cari duit online ni memang banyak. Saya sendiri pun belum jelajah semua cara yang ada di internet walaupun hampir 3 tahun di dalam dunia online. Apapun, saya ingin ringkaskan di sini bahawa menjana pendapatan online sama la dengan menjana pendapatan di dunia realiti. Bezanya ia dilakukan di alam maya sahaja. Anda perlu faham, ada 2 jenis pendapatan yang wujud di dunia ini ( setahu saya la ) iaitu :
- Pendapatan Aktif
- Pendapatan Pasif
Anda boleh tentukan sendiri apa jenis pendapatan yang anda inginkan di internet. Saya tak berminat untuk huraikan apa pendapatan pasif dan apa itu pendapatan aktif di sini. Jika ada soalan, boleh kita bincangkan di bawah.
====================
Cara Buat Duit Online
====================
Saya dah cakap caranya memang banyak. Saya simpulkan di sini ada 3 cabang utama anda boleh jana pendapatan online iaitu : (more…)


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini