Baru -baru ini, Google dengan kerjasama MITI ( Ministry Of International Trade & Industry ) , MMU ( Multimedia University ) dan UTAR ( Universiti Tunku Abdul Rahman ) telah melancarkan SME Stimulus Package yang menawarkan servis percuma membina website dan latihan 1 jam untuk penyelenggaraan website.
Akan tetapi, pakej percuma bernilai RM200 tu dah pun ditutup kerana telah mencapai kuota 100 seperti yang ditetapkan. Kini pilihan yang ada hanyalah :
- Bayar RM200 untuk web pasang siap oleh MMU & UTAR + latihan 1 jam ( web dibina menggunakan hosting blogger )
- Dapat kredit pengiklanan percuma RM200 dari pihak Google Adwords
atau
- Bina sendiri website perniagaan anda
- Daftar dan dapat kredit pengiklanan percuma RM200 dari pihak Google Adwords
Nilai RM200 untuk membina website sebenarnya bukanlah sesuatu yang mahal. Terutama kepada para usahawan dunia Offline. Nilai RM200 tersebut berbaloi untuk “outsource” dan masa yang mesti difokuskan kepada halatuju perniagaan. Cuma bagi sesiapa yang ingin belajar sendiri, saya kongsikan disini sedikit sebanyak kos yang terlibat dalam membina web jualan masing-masing :
- Design : Rekabentuk laman web yang unik penting untuk penjenamaan. Kos rekabentuk untuk web jualan mini adalah serendah RM150 sehingga menjangkaui RM1000 .
- Hosting + Domain : hosting dan domain juga penting untuk kawalan penuh perniagaan anda. Biasanya pakej hosting dan domain ini boleh didapati serendah RM100 setahun.Boleh rujuk Netkl.com ataupun Exabytes.com
Itu hanya kos atau pun perbelanjaan asas bagi memiliki sebuah website perniagaan yang berkredibiliti. Untuk pergi lebih jauh, masih ada banyak kos-kos tambahan lain yang hanya perlu diambilkira jika anda benar-benar mahu meluaskan perniagaan melalui dunia online. (more…)






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini