Logo Background RSS

Advertisement

kupon adwords

  • Adwords USD$50,Post Paid & VCC
    By naem on April 13th, 2009 | 15 Comments15 Comments Comments

    Salam hormat semua. Artikel ini khas ditulis untuk menjawap persoalan demi persoalan berkenaan kupon percuma ( kredit pengiklanan Adwords ) USD$50 oleh para pembeli ebook Rahsia PPCPercuma. Apapun , ia pasti berguna untuk anda semua mengaplikasikan kaedahnya terutama dalam aktiviti pengiklanan online.

    Asas Link Kredit Percuma:

    https://adwords.google.com/select/main?cmd=Login&sourceid=Yh91503

    link di atas adalah link kredit percuma yang di tawarkan oleh pihak Google. Walaubagaimanapun, ia bukan tawaran secara terus dari Google.  Sebaliknya pihak Google telah berikan keistimewaan pada pihak Yahoo Small Bussiness untuk menawarkan kredit percuma USD$50 tersebut. Justeru, jika anda mengajukan soalan ” kenapa tak dapat kredit percuma USD$50 ” pada pihak Google. Pastinya pihak Google akan menjawap ” itu tawaran oleh pihak ketiga ( third party, jadi sila hubungi mereka” ..lebih kurang macam tu la jawapannya.

    Kesimpulannya, pihak Yahoo Small Business pun pastinya tak akan mengaku dan membalas emel anda ( terutama jika anda bukan pelanggan Yahoo ).

    Penyelesaian :

    Saya telah pun senaraikan penyelesaian demi penyelesaian dalam Rahsia PPCPercuma.  Namun, rata-rata masih berminat dan fokus pada kaedah link kredit ini. Oleh itu, saya telah jalankan satu ujikaji ringkas satu demi satu sejak beberapa bulan yang lalu. Antaranya ujikaji terbaru yang saya lakukan boleh dirujuk di artikel ini “Bhg 1 : Antara Emel Domain & Emel Gmail” dan “Bhg 2 : Antara Emel Domain & Emel Gmail“. Jawapannya memang mengHAMPAkan dan agak sukar sebenarnya untuk menikmati faedah USD$50 ni.

    Walaubagaimanapun, saya telah datangkan dengan 1 penyelesaian sementara. Terutamanya kepada yang sangat-sangat memerlukan kredit percuma tersebut.

    Kaedah Penyelesaian :

    Anda perlu mengerti struktur pembayaran akaun Adwords nanti. Saya telah pun tulis kelebihan setiap kaedah pembayaran tersebut. Jika anda berminat untuk mengetahui tentangnya lebih lanjut, cuba selak artikel terdahulu saya ini  ” Adwords : Adakah Akaun Saya Sudah Diaktifkan? “. Rujuk bahagian pendaftaran Akaun Adwords. (more…)

  • Adwords : Adakah Akaun Saya Sudah Diaktifkan?
    By naem on April 6th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Pagi tadi, saya terima 1 emel pertanyaan dari salah seorang pelanggan setia produk saya ( Panduan VCC + Rahsia PPCPercuma ). Beliau bertanyakan saya tentang masalah akaun Adwords beliau. Mulanya saya agak kurang jelas dengan soalan tersebut. Butirannya lebih kurang begini :

    Adwords : Question & Answer At PPCPercuma.com

    Setelah banyak kali berbalas emel, akhirnya baru saya faham yang beliau ingin mengaktifkan akaun Adwords beliau menggunakan VCC. Soalnya sekarang ialah bagaimana?

    Justeru, saya fikirkan persoalan tersebut mungkin boleh membantu yang lain jika ada yang menghadapi masalah yang sama.

    Pendaftaran Akaun Adwords

    Dalam ebook percuma saya yang lalu , saya telah tunjukkan cara mudah mendaftar Adwords. Saya juga ada terangkan 1 kaedah asas mendapatkan kredit percuma USD$50 dari Adwords ( kebelakangan ini agak sukar mendapat kupon ). Ringkasnya, proses pendaftaran adalah seperti berikut :

    1. Kunjungi laman Adwords dan klik button Sign Up
    2. Ikuti semua arahan dalam proses pendaftaran
    3. Aktifkan Akaun Adwords dengan maklumat pembiayaan

    Pengaktifan Akaun Adwords

    Selesai mendaftar, anda perlu mengaktifkan akaun Adwords. Di sinilah pokok soalan yang akan saya huraikan. Umumnya, sebagai pengguna Adwords, anda akan diberi pilihan membiaya akaun Adwords anda dengan 2 cara iaitu :

    • Post-Pay ( Guna Dulu, Bayar Kemudian )
    • Pre-Pay ( Bayar Dulu, Guna Kemudian )

    Dari kaedah pembayaran tersebut, kaedah pembayaran menggunakan Pre- Pay memerlukan (more…)

  • Bhg 2 : Antara Emel Domain & Emel Gmail
    By naem on February 14th, 2009 | 9 Comments9 Comments Comments

    Kos Dalam Pay Per Click - Siri 1

    Ini adalah artikel rentetan dari bahagian 1  : Antara Emel Domain & Emel Gmail.  Artikel ini ditulis berdasarkan ujikaji saya ke atas link kredit percuma Google Adwords.

    Berikut ialah ringkasan ujikaji saya dan hasilnya :

    Matlamat

    Uji kelebihan emel domain dan emel gmail untuk mendapatkan kredit percuma USD$50 dari pihak Adwords. Hasil akan direkodkan dan di dedahkan bersama.

    Kaedah

    • Daftar akaun Adwords baru menggunakan emel Gmail ( ####@gmail.com ) dan emel domain ( ####@domain.com )

    https://adwords.google.com/select/main?cmd=Login&sourceid=Yh91503

    • Clear semua cookies dalam komputer atau laptop
    • Menggunakan Virtual Private Network ( VPN ) untuk menyembunyikan IP Address komputer.
    • Menggunakan identiti rakyat UK dan US untuk pendaftaran akaun Adwords baru.
    • Menggunakan VCC ( Virtual Credit Card ) sebagai kaedah pembayaran.

    Catatan

    Saya selalu terima aduan tentang khabar tak dapat USD$50 percuma dari Adwords.  Saya pernah mencuba dan berjaya. Tapi itu semua hampir 10 bulan yang lalu. (more…)