Logo Background RSS

Advertisement

Paid Inclusion

  • Asas Istilah PPC 1 :” Search Marketing”
    By naem on August 18th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    Dalam post kali ini, saya akan cuba berkongsi pemahaman saya berkenaan istilah-istilah yang sering digunakan dalam program pengiklanan PPC. Untuk itu, saya telah menggunakan beberapa bahan rujukan dari internet dan gabung serta menulis semula dengan gaya bahasa dan dalam bahasa Malaysia. Justeru, jika ia seakan-akan sama mahupun bercanggah dari mana-mana bahan-bahan sedia ada di dalam internet, para pembaca digalakkan untuk berfikir dan memilih keputusan sendiri.

    Apa itu pengertian “Search Marketing” ? Kenapa perlunya “Search Marketing”? dan Bagaimana “Search Marketing” di jalankan di dalam internet?

    “Search Marketing” dicetuskan dari keperluan yang wujud dalam internet. Para pengguna internet lazimnya akan mendapatkan sesuatu info dari internet dengan memasukkan ” katakunci ( keywords )” .Oleh kerana ini adalah satu gambaran kepada permintaan manusia, mengiklankan barangan atau perkhidmatan melalui aktiviti para pengguna internet ini dikenal sebagai ” Search Marketing”.

    Kebiasaanya aktiviti ” Search Marketing” ini di uruskan oleh enjin carian ( Search Engine ) seperti Google, Yahoo, Microsoft dan sebagainya.

    Hasil carian berdasarkan katakunci yang relevan akan memaparkan iklan-iklan yang berkaitan. Biasanya iklan-iklan ini diletakkan di bahagian atas, bahagian tepi dan bahagian bawah “hasil carian”. Kedudukan ini adalah berdasarkan ” Paid Placement” iaitu setiap posisi iklan dinilai dan diposisikan berdasarkan bayaran. Contohnya seperti paparan di bawah :

    Yahoo! launches Sponsored Search in Southeast Asia

    Berikut adalah istilah-istilah yang selalu digunakan dan berkaitang dengan topik Search Marketing : (more…)