Logo Background RSS

Advertisement

Yahoo Search Marketing

  • Kredit Percuma USD$100 Dengan YSM
    By naem on August 11th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    Salam hormat semua,

    Yippeee, untuk kesekian kalinya saya cuba kembali ke sini dan nampaknya misi untuk kembali menulis berputik semula. Kalau dah tinggalkan blog berusang lamanya, memang malas jugak le nak menulis balik. Apapun ni kira rekod olimpik jugak le kot. Hoho..

    Sebelum ni saya banyak berbincang tentang Adwords sahaja kan? Erm…rasanya la. Tapi untuk artikel kali ni saya nak sentuh hal berkaitan Yahoo Search Marketing. Ada sesiapa yang pernah mencuba program pengiklanan YSM tak? Kalau ada, boleh le berkongsi sedikit sebanyak di sini. Terutamanya buat pembeli F2R bro ringgithit. Tentu familiar dengan YSM kan?

    YSM atau Yahoo Search Marketing ni macam Google Adwords jugak. Secara umumnya, lebih ramai orang berminat untuk menggunakan Google Adwords berbanding YSM. Faktornya saya masih belum dapat dedahkan. Setakat andaian sesiapa pun boleh buat telahan kan?

    YSM Tips: Usd$100 free credit

    Ok, YSM seperti yang pernah saya gunakan. Ada sedikit kelainan berbanding Adwords. Perasan tak? Ada

    sesiapa yang tahu? Kalau salah, tolong perbetulkann ye. Antara perbezaan utama yang saya sedari ialah YSM hanya membenarkan anda mengiklan di satu-satu negara sahaja berdasarkan lokasi geografi yang anda pilih seawal pendaftaran akaun. Contohnya saya mendaftar akaun saya dan saya pilih lokasi pengiklanan di US. Jadi saya hanya terhad untuk mengiklan di US sahaja.

    Akan tetapi…hehehe..best jugak guna YSM ni sebab ada bonus kupon kredit percuma yang boleh digunakan. Saya pernah daftar satu akaun dan dapat kredit tambahan sebanyak USD$100 percuma. Itu yang best tu. So boleh le saya belanjakan amaun kos tanpa perlu risaukan kos yang banyak. Maksud saya di sini saya boleh mencuba apa saja teknik mahupun buat silap dalam ppc. Hasilnya saya boleh belajar secara terus dari pengalaman. Di bawah adalah screenshot salah satu akaun saya.

    YSM Tips

    Nak tahu lebih lanjut? Saya ada ringkaskan cara pendaftaran YSM dan perincikan cara-cara mendapat kredit tambahan bernilai USD$100 untuk lebih dari 1 akaun. Semua ini saya bukukan dalam ebook Rahsia PPC Percuma. Jika anda dah dapatkannya, rujuk semula ye. Bagi yang belum, apa lagi…Dapatkan la segera ye..Cuma RM30 untuk pelaburan dan pembelajaran tak ternilai.

  • Kos Dalam Pay Per Click – Siri 1
    By naem on April 30th, 2008 | 6 Comments6 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Pertamanya selamat hari buruh saya ucapkan. Tak kisah la samada anda buruh atau tak. Yang penting hari ni kita bersama-sama menghargai sumbangan para pekerja di Malaysia. Tanpa pekerja bahagian pemasangan Maxis Broadband, dah tentu saya tak berupaya nak online sampai hari ini. ( Maxis semakin LEMBAP lorr )

    Jadi…dah cukup la kot mukadimah kat atas tu. Ini saya nak huraikan pula pasal kos mengiklan dalam program Pay Per Click.

    Pertamanya, anda semua perlu faham. Kos iklan di PPC ni berbeza setiap syarikat. Ada yang tetapkan awal-awal lagi bayaran pengiklanan. Ada juga yang telah tetapkan minima kos mengiklan. Jadi, kita kena lihat satu demi satu info berkaitan syarikat Pay Per Click yang ingin disertai.

    Saya senaraikan 3 syarikat PPC terfamous ka dunia ni dan kos-kos yang terlibat.

    Google Adwords :
    Kos Dalam Pay Per Click - Siri 1Off course..Adwords ni paling glamour. Kenapa? Sebab banyak perkhidmatan yang disediakan oleh Google ni, disamping menumpang namanya yang sedia gah di dipasaran US. Oh ya! berapa kos mengiklan di Google Adwords?

    Secara asasnya anda perlu membuat bayaran untuk :

    1. bayaran USD$5 ( RM20 ) untuk yuran pengaktifan
    2. bayaran USD$?? ( RM40 ) untuk deposit pengiklanan

    Jika anda menggunakan link khas untuk kredit percuma Adwords seperti di bawah :

    https://adwords.google.com/select/main?cmd=Login&sourceid=Yh91503

    Anda akan mendapat kredit percuma sebanyak USD$55 ( RM ). Setelah membuat pembayaran samada melalui kad kredit/debit yang mempunyai logo visa/mastercard, akaun Adwords anda akan dikreditkan USD$55 dan ……Ok tarik nafas jap…Letih mata ni.. (more…)